- Back to Home »
- Drama , Kesenian , Musik , Permainan Rakyat , Seni , Seni Rupa , Tari , Tarian , Unsur Kebudayaan , Vocal »
- Unsur Kebudayaan yang ketujuh "KESENIAN"
Posted by : Fuja Permata Sari
Senin, 18 November 2013
Unsur Kebudayan Yang Ketujuh “ Kesenian”
Perhatian
ahli antropologi mengenai seni bermula dari penelitian etnografi mengenai
aktivitas kesenian suatu masyarakat tradisional. Deskripsi yang dikumpulkan
dalam penelitian tersebut berisi mengenai benda-benda atau artefak yang memuat
unsur seni, seperti patung, ukiran, dan hiasan. Penulisan etnografi awal
tentang unsur seni pada kebudayaan manusia lebih mengarah pada teknikteknik dan
proses pembuatan benda seni tersebut. Selain itu, deskripsi etnografi awal tersebut
juga meneliti perkembangan seni musik, seni tari, dan seni drama dalam suatu
masyarakat.
Berdasarkan jenisnya, seni rupa terdiri atas seni patung, seni relief, seni
ukir, seni lukis, dan seni rias. Seni musik terdiri atas seni vokal dan
instrumental, sedangkan seni sastra terdiri atas prosa dan puisi. Selain itu,
terdapat seni gerak dan seni tari, yakni seni yang dapat ditangkap melalui
indera pendengaran maupun penglihatan. Jenis seni tradisional adalah wayang,
ketoprak, tari, ludruk, dan lenong. Sedangkan seni modern adalah film, lagu,
dan koreografi. Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai
karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil
daripada sesuatu ciptaan.
Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan
dengan seni, keindahan (kehalusan). Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini
identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah mengambil
pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan
masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan
menarik.
Kesenian atau seni dibagikan kepada 4 bagian
yaitu :
1. SENI SUARA
Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu
usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan
pula daripada estetika. Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibagi menjadi
dua, yaitu :
A. Seni Vokal
Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh
memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut
masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni
vokal yang bergabung dengan muzik. Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam
masyarakat Melayu ialah :
Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak
Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.
Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.
Nazam atau naban
Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka.
Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi
Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini
memerlukan kemerduan suara.
Marhaban, nasyid dan qasidah
Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian
kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian
dan berbentuk dakwah Islam yaitu terdapat dalam seni kata Arab dan Melayu.
Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji
Nabi Muhamad dan para sahabat.
Dikir : Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir
maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan
dengan iringan pukulan rebana atau kompang.
Hadrah : Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir.
Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan
kompang.
Beduan : Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi
dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir
dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana.
Dikir barat : Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan.
Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana.
Ghazal : Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.
Ghazal : Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.
B. Seni Musik
Menurut Kamus Dewan Musik didefinisikan sebagai
gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan,
bunyi-bunyian. Musik adalah satu daya tarikan kepada manusia.
Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap
musik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian
yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Musik sebenarnya tidak
dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai
dengan hati atau perasaan.
- Musik Tradisi Warisan Istana
Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat
yaitu :
- Tradisi tinggi (great tradition)
- Tradisi rendah (little tardition)
Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada
golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan
istana sebagai pusat kebudayaan. Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan musik diistana
dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Musik nobat
menjadi satu pasukan musik istana sejak abab ke 15 lagi. Musik ini dimainkan
dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar
di hadapan balairung. Selain nobat musik yang berkembang melalui tradisi istana
di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari
kerajaa Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat musik yang digunakan dalam gamelan
termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.
- Tradisi Musik Rakyat
Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana,
terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum
petani dan nelayan. Perkembangan seni musik diperingkat masyarakat tradisi
rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada
mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat musik itu daripada keluarganya.
Alat-alat musik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling
mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Musik rebana
merupakan sejenis alat musik yang berkembang dalam masyarakat Melayu
tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti
dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.
- Tradisi Musik Melayu yang lain
Tradisi musik melayu yang lain seperti musik makyong
dan gendang keling diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung
di Kedah dan Perlis menggunakan alat musik seperti Gong, rebab, gendang dan
serunai. Di samping berbagai – bagai jenis musik yang dinyatakan ,musik wayang
kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan musik melayu tradisional dari
zaman silam. Musik wayang kulit mengandungi alat musik seperti gamelan dan mempunyai
hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal
dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam
melayu. Musik melayu asli ialah musik yang menyertai tarian ronggeng atau joget
yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan
canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat musik
paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini
berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa.
2. SENI GERAK
Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang
mempunyai unsur – unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan
, kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.
A. SENI TARI
A. SENI TARI
Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama
C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama.
Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama yang
indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama
ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden.
Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama ,
tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung.
Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis
seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.
Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai
jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah
seperti berikut :
- Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.
- Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
- Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
- Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.
TARIAN ASLI
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih, Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih, Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
TARIAN ASYIK
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah –
daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani.
Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri
bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan
sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk
bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula
menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam
berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan
gedombak.
TARIAN AYAM DIDIK
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga
ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau.
Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan
nyanyian lagu ayam didik.
TARIAN BALAI
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri
Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik
seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai,
iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.
CANGGUNG
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti
menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di
negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli
tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua
TARIAN SITI WAU BULAN
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan
pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.
TARIAN CINTA SAYANG
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga
nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat
jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.
TARIAN DABUS
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi
unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali.
TARIAN GAMBUS
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak.
Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu,
dipercayai berasal dari negeri Arab.
TARIAN INAI
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa
majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada
kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.
TARIAN JOGET
Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan
dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di
Malaysia.
TARIAN KUDA KEPANG
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang
terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari
dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan pepernagan
Rasullollha dan para sahabat.
TARIAN MAK INANG
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang
sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan
majlis-majlis sosial.
TARIAN ZAPIN
Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya
diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan
ialah baju melayu.
B. DRAMA TRADISOANAL
B. DRAMA TRADISOANAL
Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah
karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang
diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau. Antara seni drama
tradisinal yang popular dalam masyarakat melayu adalah seperti berikut :
MAIN PUTERI
Drama tradisinal ini berkembang dengan popular sekali
didesa-desa dinegeri Kelantan. Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit.
Tok Puteri memainkan peranan sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit
yang dibawa oleh roh-roh atau semangat jahat.
MAKYUNG
Makyung ialah drama tradisional yang popular dinegeri
Kelantan. Drama ini berasal daripada ritual memuja roh datuk nenek. Permianan
makyung ini dikatakan berasal dari negeri Patani.
MENORA
Menora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang
dikatakan dipengaruhi oleh seni darama Siam. Menora telah menjadi popular
dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan.
WAYANG KULIT
Wayang kulit merupakan sejenis drama tradisoanl melayu
yang terbahagi kepada beberapa jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang
topeng dan wayang beber. Kini hanya wayang kulit yang masih kekal.
3. SENI RUPA
Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan
yang megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui
ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
SENI UKIR
Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan
rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir.
Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran
tebuk dan ukiran timbus.
SENI KRAFTANGAN
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk
digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi
bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan
keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak
dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses
penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan
rekabentuk yang indah dan menarik.
SENI TEMBIKAR
Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang
melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya
dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air,
bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan
membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu
khususnya di Sayung, Perak.
SENI ANYAMAN
Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun,
lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis
reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu
alat keperluan harian contohnya mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan
mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.
TEKATAN
Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan
sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan
menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan
rekabentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut ,
kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi
tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan ,
upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang lain.
SENI TENUNAN
Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan
biasa , tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang
paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada
proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di
istana raja – raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket
solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain
benang emas.
SENI BATIK
Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui
proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang
hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain
batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair
yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara
celupan yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh
sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.
SENI TEMBAGA
Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang
melayu. Seni ini diperkenalkan denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada
tembaga yang canti dan indah bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses
seni tembaga ini digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya diistana
raja-raja melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau
upacara diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau
perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat
bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainya.
SENI BINA
Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk
rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat
berbagai jenis rumah melayu namun struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka
bentuk rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina
dari daerah-daerah lain dialam melayu atau dari luar alam melayu. Contohnya
rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah
minangkabau
4. PERMAINAN RAKYAT
Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga
sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori “folk
games”. Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga
berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian,
perkahwinan dan sebagainya.
Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di
dalam kebudayaan Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu
cara untuk pelepasan emosi manusia itu sendiri. Di samping berfungsi diatas permainan tradisional
dalam masyarakat Melayu memainkan beberapa peranan yang lain seperti bertindak
sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat.
Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh
dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk
kanak-kanak. Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan
wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga
kerbau dan lain-lain. Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main
telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau
sembunyi dan lain-lain.
PERMAINAN GASING
Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan
orang Melayu. Di negeri-negeri Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu,
sementara di negeri-negeri Pantai Timur khususnya dinegeri Kelantan gasing
diperbuat daripada timah. Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu :
- Permainan untuk bersuka ria
- Pertandingan gasing
- Permainan untuk pertunjukkan.
PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAU
Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan
dengan kepercayaan kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah
dilakukan sebagai satu cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telag
menjelma menjadi seorang anak gadis.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukranya.
PERMAINAN CONGKAK
Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu
tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini
dipercayai mula berkembang di istana iaitu dikalangan wanita-wanita istana dan
para pembesar. Mereka memainkan permainan ini untuk menghiburkan hati pada
waktu lapang dan juga bagi mengisi masa yang banyak terluang.
Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat diatas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congka hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
MENYABUNG AYAM
Salah satu permianan bercorak pertandingan yang
digemari oleh masyarakat Melayu tradisional ialah permainan menyabung
binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbau dan ayam. Permaina sabung ayam
misalnya diadakan sempenan sesuatu upacara tertentu yang disambut oelh
masyarakat Melayu tradisional seperti ketika menyambut kelihiran bayi,
perkahwinan dan pentabakan raja.
Permainan manyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian. Tetapi pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabung dengan cara menyewakan ayamnay jika ayamnya itu telah terkenal sering beroleh kemenangan.
SEPAK RAGA
Sepaka raga ialah sejenis permianan yang menggunakan
bola yang diperbuat daripada rotan yang dinanyam dua hingga tiga lapis. Sepak
raga dimainkan oleh beberpapa orang pemain yang berdiri membentuk bulatan.
Permainan ini dimulaid engan salah sorang pemian melambugkan bola kepada salah
seorang pemian yang lain. Pemain lain kan menimbang bola terbut sebelum diambil
oleh orang lain.
